jenis mantera Mantera

Antara jenis mantera adalah:

  • Mantera pakaian diri
  • Mantera perubatan
  • Mantera pendinding
  • Mantera upacara tertentu
  • Mantera pembinasa bagi melakukan sesuatu perkara terhadap musuh.

Mantera dalam kepercayaan Melayu telah mengalami perubahan daripada kepercayaan animisme, kepada kepercayaan Hindu dan kemudiannya kepada kepercayaan Islam. Oleh itu tidak menghairankan bahawa terdapat istilah-istilah Islam yang digunakan dalam mantera yang menggantikan istilah Hindu pada awalnya. Salah satu contohnya adalah mantera pengasih seperti di bawah.

Bismi’Ilahi ’L-Rahmani’L-Rahim
Tepuk bantal panggil semangat
Semangat datang dalam mimpi
Aku tak menepuk bantal
Aku menepuk jasad dan roh (si anu)
Satu badan dua nyawa
Satu jasad dua nyawa
Rindu kasih sayang kasih
Goncangkan jasad dan roh .........

(Ahmad Samad, Masjid Tanah, Melaka dipetik dari Haron Daud 2001)